Perhimpunan Tahunan Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum Sekolah IKRAM Musleh

SERI KEMBANGAN – Telah berlangsung Perhimpunan Tahunan Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum Sekolah IKRAM Musleh selama 2 hari bermula Jumaat lalu di sini dengan dihadiri oleh barisan pengurusan sekolah termasuk Guru-Guru Kanan Kokurikulum Sekolah dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh seluruh negara.

Dijemput khas dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Tuan Nazar Mamat memulakan sesi pagi Jumaat dengan berkongsi mengenai Pembangunan Kejurulatihan di Sekolah.

Turut hadir memberikan ucaptama dan amanat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Dr. Hjh. Kamaliah Noordin sebelum sesi diteruskan dengan slot Kebitaraan Kokurikulum dan Perancangan Strategik yang dikendalikan oleh Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh pada sebelah petang.

Di samping itu, pada hari kedua, telah diadakan sesi perkongsian khas bersama Ustaz Hj. Abd. Muhaimin Mohd Shahar Al-Hafiz yang bertajuk Realiti Aktiviti Kokurikulum Sekolah dan Kaedah Mengaktifkannya bagi Memperkasa Keberkesanan Tarbiah dalam Kalangan Pelajar: Kesatuan Sekolah-Sekolah IKRAM Musleh di Malaysia yang diambil daripada tesis Dr. Sheikh Abdul Hameed Eliwa.

Pada masa sama, sesi perbincangan mengenai kaedah pemantauan, program-program berimpak tinggi dan resolusi daripada perhimpunan turut berlangsung sebelum majlis ditutup dengan ucapan daripada Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis