Kunjungan Hormat ke IMAS Perkenalkan IQRA

Putrajaya – Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) IKRAM Musleh melalui Pengerusinya, Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali bersama tiga lagi ahli jawatankuasanya telah mengadakan sesi taklimat mengenai International Quality Range Assessment (IQRA) di International Modern Arabic School (IMAS), di sini, semalam.

IKRAM Musleh disambut oleh Pengetua IMAS, Saleem, Pengarah Akademik, Dr. Waleed al-Muallimi dan Pengetua Sekolah Menengah, Shadiah.

Kunjungan tersebut merupakan salah satu daripada siri taklimat IQRA yang sedang dijalankan.

IQRA merupakan sebuah tinjauan kemenjadian murid berdasarkan 11 ciri-ciri Insan Rabbani yang dibangunkan oleh IKRAM Musleh. Ciri-ciri Insan Rabbani tersebut termasuklah;

  1. jasmani yang cergas,
  2. rohani yang teguh,
  3. qalbu yang sejahtera,
  4. akidah yang benar,
  5. ibadah yang betul,
  6. akhlak yang mulia,
  7. pengetahuan yang luas dan kefahaman yang mendalam,
  8. hikmah yang ketara,
  9. pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa,
  10. dakwah yang istiqamah dan
  11. rahmatan lil ‘alamin.

Layari laman sesawang IQRA di pautan www.iqra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam