RERO Annual Championship: SMAH Ipoh Mara ke Peringkat Kebangsaan

Ipoh – 6 wakil dari Sekolah Menengah Islam Al-Hidayah (SMAH) Ipoh berjaya melayakkan diri ke RERO Annual Championship (RAC2022) peringkat kebangsaan yang akan berlangsung bermula 6 September depan selepas berjaya di RAC2022 peringkat negeri yang telah berlangsung secara dalam talian pada 25 Jun lalu.

Daripada keseluruhan tiga kategori yang dipertandingkan dalam RAC2022 di peringkat negeri kali ini, iaitu kategori Rero:micro Robot, kategori Rero Jr (Basic Set) dan kategori PikaBot (Maker UNO Smart Car Kit), SMAH Ipoh telah menghantar sebanyak tujuh penyertaan bagi kategori Rero:micro Robot dan lapan penyertaan bagi kategori PikaBot dan tiga wakil bagi setiap kategori berjaya mara ke peringkat kebangsaan selepas memperoleh markah keseluruhan melebihi 80 markah.

Bagi kategori Rero:micro Robot, para peserta akan menggunakan robot berwarna jingga yang diberikan di dalam kit pertandingan untuk kategori ini. Robot ini berasaskan micro bit dan boleh diprogramkan dengan menggunakan Microsoft Makecode Editor. Kategori ini terbuka untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sementara itu, bagi kategori PikaBot, para peserta akan menggunakan robot berwarna kuning yang perlu dibina sendiri menggunakan semua komponen dan bahagian elektronik yang terdapat di dalam kit yang disediakan berpandukan buku panduan yang menerangkan langkah demi langkah, cara membina dan memprogramkan robot tersebut dengan jelas dan terperinci. PikaBot tersebut perlu diperogramkan menggunakan perisian Adruino IDE.

Menurut wakil penganjur dari Rero EDUteam, Cheryl, format pertandingan bagi ketiga-tiga kategori di peringkat negeri adalah sama iaitu para peserta perlu menjawab soalan kuiz berkaitan teori teknologi robotik dan pengekodan yang telah dipelajari. Bagi kategori sekolah rendah, sebanyak 60 minit masa menjawab diperuntukkan manakala bagi kategori sekolah menengah dan terbuka, masa menjawab adalah sebanyak 45 minit.

“RAC di peringkat negeri akan memberi pingat kepada 5 peserta dengan markah tertinggi dari setiap negeri manakala peserta yang lain menerima e-sijil. Untuk peringkat kebangsaan, para peserta dikehendaki untuk memprogramkan robot bagi melaksanakan set tugasan baru yang akan diberikan oleh pihak penganjur pertandingan untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan para peserta dalam mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari,” lanjut beliau.

RAC adalah satu platform pertandingan robotik dan pengekodan (coding) yang disediakan khas untuk pemula (beginner) yang dianjurkan oleh Rero EDUteam, sebuah unit pendidikan dalam Cytron Technologies bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar untuk mengenali teknologi robotik dan pengekodan. RAC juga berperanan sebagai satu medium dalam melatih para guru dan ibu bapa yang berminat untuk turut sama mempelajari asas robotik dan pengekodan ini supaya mereka juga bersedia untuk memberi pelatihan kepada para pelajar.

BERITA

PETALING JAYA – Sekolah Rendah i-Musleh meraih Johan dan Naib Johan bagi kategori Robomission Rookie Primary School dalam National Robotic

BERITA

KOTA BHARU – Sazalina Abdullah, guru dari Sekolah Menengah Islam Aman, Kota Bharu menerima Anugerah Guru Wibawa dalam Majlis Apresiasi

BERITA

KUALA LUMPUR – Akhdan Arsyad Anaqi Azizi, 8, murid Tahun 2 dari Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah terpilih mewakili Malaysia dalam

BERITA

BANGI – Bertujuan melatih para guru dalam mengendalikan kem kepimpinan rahmah untuk murid-murid sekolah rendah rangkaian Musleh, Sektor Sokongan dan

BERITA

SERI KEMBANGAN, 3 Dis – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjung hormat para delegasi dari sekolah-sekolah Islam Nepal, di

BERITA

Innalillahiwainnailaihirojiun. Seluruh warga Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) turut berdukacita dengan pulangnya ke rahmatullah salah seorang pengasas Musleh, Ustaz Haji