Harith Duduki Tempat Ke-2 di Kejohanan Catur MSSD Kuala Kangsar

Kuala Kangsar – Muhammad Harith Shahrizal, 12 dari Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Kuala Kangsar (SRAF) muncul naib johan dalam Kejohanan Catur MSSD Kuala Kangsar 2022 yang telah diadakan pada 27 Jun lalu di Dewan SMK Bukit Merchu di sini.

Harith menduduki tangga ke-2 daripada 222 peserta yang lain bagi kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah) dan membawa pulang pingat serta sijil kemenangan. Beliau akan bertanding dalam pusingan Round Robin untuk melayakkan diri mewakili daerah Kuala Kangsar di kejohanan peringkat negeri Perak nanti.

SRAF telah menghantar sebelas orang peserta mewakili sekolah dalam kejohanan anjuran Jawatankuasa MSSD Catur Daerah Kuala Kangsar dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar ini. Berikut merupakan laporan penuh kejohanan memaparkan kedudukan tempat bagi semua peserta dari SRAF yang telah disediakan oleh Guru Penasihat Kelab Catur SRAF, Nur Fuziani Abu Jamil.

Sumber: www.alfurqan.edu.my

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus