Laksana Training of Trainers (TOT) dengan Rakan Kerjasama

Yala – IKRAM Musleh melalui Sektor Kokurikulum, Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan telah menganjurkan satu program Training of Trainers (TOT) selama satu hari di Phattana Witya School di wilayah ini pada Sabtu lalu.

Ketua Sektor Kokurikulumnya, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa telah mengetuai pasukan jurulatih yang bertanggungjawab mengendalikan program berkenaan yang telah dihadiri oleh seramai 42 orang peserta dalam kalangan guru-guru dari kira-kira 30 buah sekolah rangkaian Assalam Smart School Association (ASSA), Thailand yang terletak di beberapa wilayah berasingan seperti Pattani, Narathiwat, Songkhla, Satun, Yala dan Phang-nga.

Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa (duduk tiga dari kanan) bergambar bersama seluruh pasukan jurulatih dan pihak Assalam Smart School Association (ASSA), Thailand.

“Kami mengadakan program ini dengan tujuan untuk memberikan pelatihan secara praktikal kepada wakil-wakil sekolah mengenai tatacara pengendalian, pengurusan dan pentadbiran program-program yang dianjurkan oleh IKRAM Musleh dan melibatkan kerjasama dengan pihak ASSA,” ujar Abd Rahaim.

Lanjut beliau lagi, antara program yang telah dibentangkan tatacara pengendalian, pengurusan dan pentadbirannya termasuklah; program International Eco Nature Virtual Run (IENR), Remote Musleh International Students Traditional Archery Championship (R-MISTAC), Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh (PVPIM) dan Program Pengantarabangsaan Silang Budaya (PPSB).

Menurut Abd Rahaim, penganjuran TOT ini dilihat sebagai satu usaha penting untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada para guru di sini yang akan terlibat secara langsung sebagai rakan kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program peringkat antarabangsa anjuran IKRAM Musleh.

Kunjungan delegasi IKRAM Musleh dari Malaysia ke wilayah berkenaan turut dimanfaatkan dengan mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah rangkaian ASSA yang terletak dalam wilayah Yala pada keesokan harinya sebelum berangkat pulang ke tanah air.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble