Pertandingan Drone Edu Challenge Tahun 2022 Sasar 5000 Penyertaan

Iskandar Puteri – Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Pra Pelancaran Drone Edu Challenge Tahun 2022 (DEC4IR 2.0) yang telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Sri Dr. Adham Baba di sini pada Sabtu lalu bermula jam 11.00 pagi.

Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Jun hingga November depan itu mensasarkan penyertaan lima ribu pelajar sekolah seluruh negara. IKRAM Musleh melalui Sektor Kokurikulum yang diwakili oleh Pengerusinya, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa, turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan sebagai salah satu rakan kolaborasi dalam DEC4IR 2.0.

Dr. Adham berkata, penganjuran berkenaan bertujuan untuk memberi pelajar pendedahan terhadap teknologi dron, robotik dan pengaturcaraan yang mampu memberi impak kepada lebih 100, 000 peserta. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran DEC4IR 2.0 yang telah diadakan di Iskandar Space, Medini 6, Iskandar Puteri, Johor.

Katanya, kerjasama ini dilihat sebagai satu usaha menarik minat ramai terhadap silibus bidang berkenaan di peringkat sekolah.

Sebelum itu, beliau berkata pihak KPM akan membawa memorandum jemaah menteri berkaitan silibus pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam masa terdekat kepada Kabinet sebagai usaha memastikan STEM ini dapat ditingkatkan penyertaan, bakat, minat dan seterusnya pengendaliannya.

Di samping itu, antara aktiviti menarik yang menanti para peserta DEC4IR 2.0 kali ini ialah Drone Coding, Drone Modelling, Drone Simulator, Industrial Engagement, kuiz dalam talian dan e-learning.

Dalam perkembangan sama, pendaftaran telah mula dibuka pada 12 Jun lalu dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Julai depan. Pendaftaran penyertaan adalah percuma dan perlu dibuat dalam sistem e-learning. Namun begitu, penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada 1 guru dan 2 pelajar sahaja setiap kumpulan dan para peserta akan melalui sesi saringan awal sebelum mara ke pusingan akhir. Lima kumpulan sekolah menengah dan sepuluh kumpulan sekolah rendah terbaik akan mara ke peringkat kebangsaan.

Ralat: DEC4IR2022

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble