Majlis Pelancaran Persatuan Khidmat Rakan Setia Malaysia sempena Hari Ulang Tahun KRS Malaysia Ke-27

Kuantan – “Pelaksanaan Persatuan Khidmat Rakan Setia Malaysia (Persatuan KRS Malaysia) ini merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) di sekolah rendah dan juga pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia dan di sekolah-sekolah swasta yang melaksanakan pasukan ini,” ujar Penasihat Persatuan KRS Malaysia, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Persatuan KRS Malaysia sempena Hari Ulang Tahun KRS Malaysia Ke-27 yang telah berlangsung pada 24 Jun lalu di Mangala Resort & Spa.

Beliau yang hadir selaku tetamu kehormat majlis dalam ucapannya menjelaskan bahawa Persatuan KRS Malaysia tersebut akan berperanan sebagai platform kepada ahli KRS Malaysia yang telah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Pasukan TKRS telah membuka keahlian kepada murid-murid sekolah rendah bermula dari tahun 4 hingga tahun 6. Manakala pasukan KRS pula disertai oleh murid-murid sekolah menengah di tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Oleh yang demikian, Persatuan KRS Malaysia ini amat bersesuaian kepada ahli KRS yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.”

“Sebagai langkah awal pelaksanaan persatuan ini, aktiviti persatuan ini akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor kepada pelajar-pelajar, sama ada dari dalam mahupun luar negara mulai September 2022 dengan berkonsepkan aktiviti kesukarelawanan sebagai teras utama,” tambahnya.

Beliau selepas itu turut melancarkan Persatuan KRS Malaysia.

“Diharapkan agar lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang bersedia menerima dan melaksanakan aktiviti di bawah persatuan ini agar hasrat melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah mulia, akhlak yang baik, berdisiplin, serta mempunyai jati diri dan semangat juang yang tinggi dapat dipenuhi,” katanya lagi.

Dari kiri: Hj. Ahmad Farazilla Abdul Ghani, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Yusof Kassim

Sementara itu, majlis makan malam peringkat kebangsaan sempena Hari Ulang Tahun KRS Malaysia ke-27 yang jatuh pada 20 Jun yang lalu itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Sektor Pembangunan Murid, Yusof Kassim dan pengasas KRS Malaysia, Hj. Ahmad Farazilla Abdul Ghani. Turut hadir, para pegawai dan sekretariat KRS dan TKRS Malaysia dari seluruh negara serta pegawai tadbir KRS dan TKRS daerah.

Terdahulu, pada sebelah siangnya, telah berlangsung Taklimat Penyediaan Pegawai Latihan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang telah disampaikan oleh Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa melibatkan hadirin sama.

Persatuan KRS Malaysia merupakan persatuan baharu yang ditubuhkan pada 30 Julai tahun lalu dengan kerjasama yang utuh dan padu antara guru-guru KRS dari sekolah-sekolah KPM dan pihak KRS Musleh dalam menyediakan platform rasmi kepada bekas ahli TKRS dan KRS Malaysia yang telah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi untuk beraktiviti dan menyumbang khidmat.

BERITA

SERDANG â€“ Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai