Kaderisasi Dai: Asah Keupayaan Memimpin

Ayer Keroh – Menyediakan para peserta yang berpotensi, berketerampilan dan menunjukkan sahsiah cemerlang dalam kalangan para pelajar lepasan SPM yang terpilih dari sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh seluruh Malaysia dengan kemahiran kepemimpinan dalam usaha melahirkan du’at (pemimpin) yang cemerlang merupakan antara objektif utama program Latihan Kader Du’at (LKD) yang telah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu di sini.

Menerusi pelbagai bentuk pengisian dan aktiviti menarik, program yang dianjurkan secara tahunan oleh Kader Du’at Musleh (KDM) dengan kerjasama Bahagian Tarbiah IKRAM Musleh dan IKRAM Muda Malaysia itu telah bermula pada 21 Mei yang lalu secara dalam talian di seluruh sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh. Memasuki siri ke-13 penganjurannya, tahun ini merupakan tahun ke-2 LKD dijalankan secara dalam talian sebelum majlis penutup diadakan selama 2 hari 1 malam secara bersemuka di Hang Tuah Ballroom, D’Village Resort, Melaka.

“Alhamdulillah, seramai 119 peserta hadir dalam acara penutup. Pihak penganjur masih memandang berat pelaksanaan LKD sebagai salah satu usaha memastikan bakat dan tenaga pelapis kepemimpinan terus mengalir secara sihat dan mapan,” ujar Dayang Norhayani Amir, Penasihat Umum KDM.

Tambahnya lagi, antara bentuk aktiviti yang dijalankan untuk siri kali ini ialah seminar, forum, latihan dalam kumpulan, penulisan, diskusi kepimpinan, slot perkongsian pengalaman dan sesi soal jawab.

Dalam perkembangan berkaitan, LKD 13 atau dikenali juga sebagai LKD XIII ini telah berlangsung selama empat minggu berturut-turut dengan memberi fokus kepada program penuh pada hujung minggu bagi mempermudah perjalanan program yang diadakan secara dalam talian dan untuk menjamin keberkesanan objektif yang telah digariskan.

Program LKD ini telah dimulakan pada sekitar akhir tahun 2009. Melalui program ini, para peserta dibentuk agar menjadi peribadi du’at yang mantap dan thabat sekaligus bersedia menjadi pemimpin masa hadapan. Bagi memenuhi hasrat tersebut, aspek tarbiah sangat diutamakan seiring kemahiran-kemahiran kepemimpinan yang lain.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis