Majlis Hi-Tea Erat Ukhuwah Antara Alumni

Alumni yang hadir bergambar kenangan. Kredit gambar: Syaimaa Asbullah

SHAH ALAM – Sektor Kokurikulum, Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan, IKRAM Musleh melalui Unit Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) dengan kerjasama Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) dan Persatuan Alumni KRS IKRAM Musleh (PAKIM) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Tautan Ukhuwah Alumni Musleh 2022 yang dihadiri seramai hampir 70 orang Alumni IKRAM Musleh di Dewan Rebana, Hotel Mardhiyyah di sini semalam.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu julung-julung kali diadakan sebagai inisiatif pertama daripada pihak penganjur untuk mempertemukan dan mengeratkan ukhuwah antara alumni sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh di seluruh Malaysia.

Ketua Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh merangkap Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa berkata, program yang buat pertama kali diadakan ini telah berjaya mempertemukan sebahagian alumni yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan tidak kurang juga yang datang dari negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Kelantan dan Kedah.

“Insya-Allah ini sebagai langkah pertama kepada pertemuan yang lebih besar dengan program yang lebih tersusun akan terus diadakan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sambil menjamu selera, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan Rabithah dan Raid yang turut terdiri daripada alumni IKRAM Musleh.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pendidikan IKRAM Musleh Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dalam ucapannya, selain mengimbau kembali sejarah penubuhan sekolah-sekolah terawal di bawah rangkaian IKRAM Musleh, turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif ini. Beliau yang mewakili Pengerusi JK Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Bin Yaakob, meluangkan masa bersama para tetamu yang hadir sehingga majlis berakhir pada kira-kira jam 5.30 petang.

Turut hadir, Tuan Haji Mohd Ihsan Fadhli Che Min, Pengarah Yayasan Abadi, mewakili Dato’ Seri Mohd Rafiq Mohd Idris, pemilik Mardhiyyah Hotel.

PAKIM merupakan hasil inisiatif kerjasama antara KRS Musleh serta rangkaian sekolah-sekolah IKRAM Musleh yang bertujuan untuk mengumpulkan bekas anggota KRS Musleh dan Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia seluruh negara serta menjadi platform kepada bekas anggota untuk menyumbang idea, kepakaran, tenaga, dan kewangan bagi membantu kecemerlangan aktivisme KRS Musleh di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sumber: Facebook KRS Musleh

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai

BERITA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam sejahtera dan salam Musleh kepada seluruh warga pendidik yang saya kasihi. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan