Wakil SRI i-Musleh Raih Emas, Mara ke Pentas Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Umar Jalil, murid Sekolah Rendah Islam (SRI) i-Musleh, Melaka, mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih Anugerah Emas (Gold Award) dalam The IX International Liszt Ferenc Competition Malaysia 2026 (Malaysia Preliminary Round) yang berlangsung di ibu negara dari 18 April hingga 19 April lalu.

Kejayaan yang diraih ini mencerminkan bakat dan kesungguhan tinggi Umar dalam bidang seni muzik, khususnya sebagai bakat muda pemain piano.

Lebih membanggakan, pencapaian tersebut telah melayakkan Umar mewakili Malaysia untuk ke peringkat akhir yang dijadualkan akan berlangsung di Budapest, Hungary pada Julai depan dan berpeluang bersaing bersama peserta-peserta terbaik dari seluruh dunia.

Pihak sekolah dalam kenyataannya berkata, kejayaan Umar merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kerana bukan sahaja mengharumkan nama keluarga, malah turut mengangkat nama sekolah ke persada dunia.

Pihak Musleh Integrated Education Berhad merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada ibu bapa Umar atas sokongan padu yang pastinya menjadi tunjang kepada kejayaan beliau, serta kepada para pendidik yang sentiasa komited membimbing murid ke arah kecemerlangan.

Sumber: Facebook Sekolah Rendah Islam i-Musleh Melaka

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis