MUSLEH Terima Kunjungan Hormat YIPP, Bincang Potensi Kerjasama Pendidikan Islam

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) menerima kunjungan hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dalam usaha meneroka ruang kerjasama antara kedua-dua pihak di sini, pada Rabu.

Delegasi YIPP yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohamad Sofee Razak, turut disertai Pegawai Tadbir Pembangunan Fizikal, Aidi Akhbal Mohamed Zainon serta Penolong Pegawai Tadbir Projek, Mohamad Sobri Fuzi.

Rombongan berkenaan disambut oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MUSLEH, Dr. Omar Yaakob yang menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut serta kesediaan YIPP untuk mengadakan sesi perbincangan bersama MUSLEH.

Menurut beliau, pertemuan ini menjadi ruang awal bagi kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan meneroka potensi kerjasama dalam bidang berkaitan pendidikan Islam dan pembangunan institusi.

Sesi kunjungan tersebut turut dimanfaatkan untuk perkongsian maklumat serta pertukaran pandangan mengenai peranan YIPP sebagai agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kawal selia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Kerjasama yang sedang diteroka ini diharap dapat menyokong usaha memperkukuh ekosistem pendidikan Islam serta pembangunan institusi secara berterusan dan tersusun.

Hadir sama, Pengurus Besar MUSLEH, Dr. Noor Liyana Mohd Nor dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis