Dr. Noor Liyana Mohd Nor Dilantik sebagai Pengurus Besar Musleh Integrated Education Berhad

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Noor Liyana binti Mohd Nor sebagai Pengurus Besar baharu berkuat kuasa 15 April 2026.

Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan organisasi dalam memperkukuh barisan kepimpinan strategik serta memastikan kelangsungan kecemerlangan dalam penyediaan pendidikan bersepadu yang holistik.

Dr. Noor Liyana mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan, khususnya dalam kepimpinan institusi. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung sebelum meneruskan khidmat sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Al-Hidayah Manjung.

Dari sudut akademik, beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Kajian beliau bertajuk “Pengaruh Kepuasan Kerja sebagai Penyederhana Terhadap Hubungan Amalan Pengurusan Sumber Manusia dengan Niat Pusing Ganti Guru Sekolah Rendah Islam Swasta di Malaysia” memberi fokus kepada aspek pengurusan sumber manusia dalam konteks pendidikan.

Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Open University Malaysia (OUM) serta Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Kepujian daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Gabungan pengalaman praktikal di lapangan serta latar akademik yang kukuh diyakini mampu memperkukuh lagi hala tuju MUSLEH pada masa akan datang dan organisasi ini akan terus berkembang secara mampan serta memperluas impak pendidikan kepada masyarakat.

Seluruh warga MUSLEH turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini serta mendoakan agar beliau dipermudahkan dalam menggalas amanah dan memacu kecemerlangan organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod