Staf Perunding KRS Musleh, Anak Syarikat MIEB, Dinobat Ikon Kecemerlangan Ar-Ridzuan

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS Musleh merangkap Pengerusi Persatuan Memanah Tradisional (METRA) Musleh, atas penerimaan Anugerah Ikon Kecemerlangan Ar-Ridzuan dalam Majlis Anugerah Gemilang Ikon Kecemerlangan Ar-Ridzuan (MAGIKA) yang telah berlangsung di D’Intan by Chintha Zara pada 3 Disember lalu.

Anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan beliau atas kapasiti sebagai Jurulatih Memanah Tradisional Pasukan Negeri Perak, khususnya kejayaan membimbing dan membawa pasukan Memanah Tradisional Sekolah Menengah Agama Perak melangkah ke peringkat kebangsaan dalam Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan beliau dan METRA Musleh dalam memartabatkan sukan sunnah memanah di peringkat sekolah dan negeri, di samping memperkukuh pembangunan sahsiah, disiplin serta kepimpinan pelajar secara menyeluruh.

Musleh Integrated Education Berhad amat berbangga dengan kejayaan ini dan berharap pengiktirafan yang diterima dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan, selari dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya atas anugerah yang membanggakan ini.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus