Pengetua SMI Al-Azhar Raih Anugerah Emas Ikon Kepimpinan Digital Murabbi, Portal Sekolah Turut Dinobat Terbaik

ALOR SETAR – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Azhar, Jitra terus mengukir kecemerlangan apabila Pengetuanya, Tuan Mohd Syahir Ismail, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Ikon Kepimpinan Digital Murabbi dalam Majlis Anugerah Ikon Digital Murabbi Kedah yang telah berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, di sini, pada Isnin, 15 Disember lalu.

Anugerah berprestij tersebut disampaikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan berwawasan beliau dalam memacu transformasi digital pendidikan secara holistik, berteraskan nilai tarbiah serta pembinaan sahsiah murid selari dengan pelaksanaan Program Lestari Digital Didik Kedah (LDiDK) 2025.

Selain kejayaan individu, SMI Al-Azhar, Jitra turut mencatat pencapaian membanggakan apabila Portal Sekolah milik institusi tersebut meraih Anugerah Gangsa: Portal Sekolah Terbaik, sekali gus membuktikan komitmen berterusan sekolah dalam pengurusan maklumat, komunikasi digital dan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang sistematik serta mesra pengguna.

Penganugerahan ini bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap usaha gigih pihak pengurusan sekolah, malah mencerminkan kesungguhan warga pendidik SMI Al-Azhar Jitra dalam memperkasa ekosistem pendidikan digital yang lestari, beretika dan berorientasikan pembinaan insan.

Mohd Syahir berkata, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan, serta beriltizam untuk terus memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan Islam yang progresif dan relevan dengan cabaran semasa.

Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah Darul Aman, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Para penerima anugerah turut membawa pulang, sijil penghargaan, plak pengiktirafan serta hadiah wang tunai.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis