PERNAS 2025 Perkukuh Jati Diri Generasi Resilien dan Berdaya Juang

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25 Oktober lalu di Pusat Latihan Akademi Azam, di sini.

Bertemakan “Semangat Ukhuwwah Teras Kekuatan Generasi Madani”, acara ini telah menghimpunkan seramai 1,441 orang peserta dan 167 guru pengiring dari seluruh Malaysia serta 58 peserta antarabangsa dari Indonesia.

“PERNAS 2025 menjadi platform tahunan penting anjuran Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) bagi memperkukuh jati diri, kepimpinan dan ketahanan pelajar melalui wadah Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh,” ujar Pengerusi KRS Musleh, Left. Kol. KRS Abd Rahaim Md Isa.

Dalam perkembangan sama, program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada rakan pendidikan Islam serantau, termasuk Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu Indonesia (JSIT), Lukse Assalam Thailand dan Jaringan Sekolah Alam Nusantara Indonesia.

Selain menjadi medan pertandingan, PERNAS 2025 turut memupuk nilai disiplin, ukhuwwah dan semangat juang melalui aktiviti lapangan seperti orienteering, ‘obrace‘, kem kraf dan masakan survival, di samping aktiviti kemahiran dan kerohanian seperti memanah tradisional, permainan tradisional, memancing serta latihan solat jenazah yang dikendalikan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut diadakan pameran khas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Penjara Malaysia bagi memperluas kesedaran sosial dan tanggungjawab sivik dalam kalangan peserta.

Sementara itu, majlis perasmian penutup PERNAS 2025 telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tuan Nazar Mamat, yang turut merakamkan penghargaan atas kejayaan penganjuran perkhemahan yang mempertemukan pelajar daripada tiga buah negara dalam satu semangat ukhuwah dan pembelajaran bersama.

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta, guru pengiring dan urus setia yang menjayakan PERNAS 2025. Diharapkan pengalaman dan latihan yang diperoleh akan terus menyemai semangat juang, disiplin dan ukhuwwah dalam diri pelajar Musleh, seterusnya melahirkan generasi yang resilien, berdaya saing dan berbakti kepada ummah.

PERNAS DAY 1
PERNAS DAY 2
PERNAS DAY 3
PERNAS MAJLIS PENUTUP

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis