Musleh Perkukuh Usaha Sekolah Rahmah Melalui Penurunan SOP Anti-Buli dan Kesejahteraan Psikospiritual

SERI KEMBANGAN, 23 Oktober 2025 – Musleh Integrated Education berhad (MIEB) melalui Centre of Learning Excellence (CLE) hari ini melaksanakan satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh kesejahteraan pelajar dan warga sekolah dengan membentangkan pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) Anti Buli serta SOP Kesejahteraan Psikospiritual Musleh.

Taklimat yang berlangsung di Dewan Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia, Seri Kembangan ini dihadiri oleh pengetua, guru besar dan pentadbir sekolah-sekolah rangkaian serta rakan MIEB dari seluruh negara.

Penurunan SOP tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar CLE, Dr. Kamaliah Noordin, sebagai simbol pelancaran rasmi pelaksanaan dua dokumen penting ini di semua sekolah di bawah naungan MIEB.

Menurut Dr. Kamaliah, pelaksanaan kedua-dua SOP ini merupakan manifestasi komitmen berterusan MIEB dalam memastikan setiap sekolah menjadi ruang yang selamat, sejahtera dan berakhlak tinggi. Ia juga sejajar dengan pendekatan pendidikan Islam bersepadu yang menekankan pembangunan holistik dari aspek intelek, emosi, sosial dan spiritual.

Melalui SOP Anti Buli, pihak sekolah akan mempunyai garis panduan yang lebih jelas dan menyeluruh dalam menangani serta mencegah insiden buli, manakala SOP Kesejahteraan Psikospiritual memberi tumpuan kepada usaha membina keseimbangan jiwa dan kesejahteraan mental pelajar serta pendidik.

Program taklimat hari ini turut menjadi platform penyatuan komitmen antara sekolah-sekolah rangkaian dan rakan MIEB untuk bersama-sama melaksanakan inisiatif ini secara bersepadu demi melahirkan generasi pelajar yang seimbang, berakhlak dan berdaya tahan.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod