Muzakarah Kurikulum Musleh ECE: Langkah Kolektif Mantapkan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SERI KEMBANGAN – Seramai 45 pengusaha dan tenaga penggerak taman didikan kanak-kanak (tadika) di bawah naungan Musleh Early Childhood Education (Musleh ECE), yang dahulunya dikenali sebagai PEDA, telah berhimpun selama dua hari dalam satu muzakarah kurikulum penuh bermakna yang telah berlangsung di sini pada 27 dan 28 Jun lalu.

Muzakarah ini menjadi medan penting untuk membincangkan hala tuju pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai Islam dan pembinaan karakter, selari dengan visi pendidikan Musleh.

Antara objektif penganjurannya termasuklah untuk berkongsi amalan terbaik (best practices) daripada tadika-tadika terpilih dalam pelbagai bidang pengajaran dan pembangunan karakter; pembentangan dapatan kajian yang meneliti solusi inovatif dalam pembangunan murid prasekolah, hasil soal selidik dan temu bual di lapangan sekaligus untuk menyelaras hala tuju dan kerangka teras kurikulum Musleh ECE melalui persetujuan bersama semua pengusaha tadika rangkaian.

Selain itu, antara slot yang menarik perhatian ialah

  • Perkongsian Modul Hafazan oleh tiga buah tadika: Tadika Huda Q Arau, Al-Amin Early Childhood Centre (Wilayah Persekutuan), dan Tadika An-Nur Kerteh;
  • Program Coding untuk Anak-anak oleh Tadika Amal Hidayah yang mempamerkan kebolehan murid prasekolah dalam dunia digital;
  • Perkongsian Budaya dan Pembangunan Karakter oleh Tadika Iman ELC, yang memberi inspirasi bagaimana nilai dan budaya Islam disemai secara konsisten dalam persekitaran pembelajaran harian.

Turut dikongsi dalam muzakarah, pembentangan mengenai pendekatan 5D Thinking, iaitu satu kaedah yang menggabungkan pembelajaran akademik, diniah dan sahsiah secara holistik untuk membentuk karakter anak-anak sejak awal usia.

Muzakarah ini turut menjadi medan mengukuhkan jaringan kolaboratif dalam kalangan warga Musleh ECE serta mencerminkan komitmen berterusan Musleh ECE dalam menyusun strategi dan menambah baik pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang relevan, mampan dan berpaksikan pembentukan insan seimbang duniawi dan ukhrawi.

Turut hadir, Ketua Sektor Pendidikan Awal Kanak-Kanak Musleh (Musleh ECE), Nailah@Ramlah Abdul Rahim dan Ketua Sektor Latihan Centre of Learning Excellence, Dr. Azma Mahmood.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble