Pemergian Seorang Murabbi yang Tidak Terganti

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan rasa dukacita dan penuh hormat, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Ustaz Soleh bin Senafi yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Beliau merupakan antara tokoh terawal yang menanam benih pendidikan Islam melalui penubuhan Sekolah Al-Irsyad Kuantan pada awal 90an, meninggalkan kerjaya sebagai guru KPM demi memberikan sepenuh komitmen terhadap pembangunan sekolah tersebut.

Sepanjang perkhidmatan beliau, Almarhum telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai peranan; daripada seorang guru berdedikasi, Guru Besar yang dihormati, hinggalah CEO Sekolah Al-Irsyad Balok yang gigih membangunkan sekolah dari tanah kosong menjadi institusi pendidikan yang serba lengkap. Sumbangan beliau diteruskan sebagai CEO Pusat Pendidikan Al-Itqan di Pulau Pinang dan kemudiannya di Pusat Pendidikan Al-Hidayah.

Dalam bidang kokurikulum dan pembinaan jatidiri pelajar, beliau memainkan peranan penting dalam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia yang akhirnya berkembang menjadi Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh), dengan beliau menyandang jawatan Timbalan Pengerusi peringkat kebangsaan. Selepas bersara, beliau tidak pernah mengenal erti rehat apabila terus menyumbang tenaga sebagai staf kontrak dalam Perunding KRS Musleh Sdn Bhd, khusus dalam bidang Pembangunan Modal Insan.

Walaupun diuji dengan kesihatan yang semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan, semangat perjuangan beliau tidak pernah luntur. Almarhum tetap teguh menggalas misi melahirkan Insan Rabbani melalui sistem pendidikan IKRAM.

Salam takziah buat seluruh keluarga Almarhum. Semoga Allah mengurniakan kesabaran, kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhum, melimpahkan rahmat dan kasih-Nya, serta menempatkan beliau dalam kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin.

Amin ya rabbal ‘alamin.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis