Cemerlang KAFA: Pelajar SRI Al-Azhar Arau Terima Anugerah Didik Maal Hijrah Negeri Perlis

ARAU – Seorang pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ), Arau, Perlis telah mengharumkan nama sekolah apabila menerima Anugerah Didik Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1447H/2025M yang berlangsung baru-baru ini.

Pelajar berkenaan, Nur Iman Safiyya binti Nur Saifullah, telah menerima pengiktirafan tersebut atas pencapaian cemerlang beliau dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), menjadikan beliau antara tokoh pelajar yang diangkat pada majlis peringkat negeri tersebut.

Penganugerahan ini bukan sahaja menonjolkan kecemerlangan individu, malah turut menyerlahkan peranan SRIAZ sebagai institusi pendidikan yang konsisten melahirkan pelajar berilmu dan berakhlak. Ia turut mencerminkan dedikasi para pendidik serta sokongan ibu bapa yang tidak berbelah bagi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencipta kejayaan dan menyumbang kepada pembangunan generasi Rabbani yang seimbang.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis