I’dad Du’at 2025: Tarbiah Pemacu Kepimpinan Pelajar Musleh

BATU PAHAT – “Kepimpinan bukan hanya tentang bakat, tetapi amanah yang menuntut kefahaman dan kesediaan untuk menyampaikan,” ujar Penaung Program I’dad Du’at 2025, Dayang Norhayani Amir ketika menyambut kehadiran lebih 100 peserta dari seluruh negara dalam program tahunan itu yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun lalu bertempat di Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja di sini.

Program anjuran Sektor Tarbiah Centre of Learning Excellence (CLE) ini menghimpunkan murid Tingkatan 5 dari 16 buah sekolah menengah rangkaian Musleh, khususnya mereka yang memegang amanah kepimpinan di peringkat sekolah.

Menurutnya lagi, program ini memberi tumpuan kepada pemantapan fikrah dan pembinaan jati diri para peserta.

“Program ini bukan hanya latihan kepimpinan, tetapi sebahagian daripada proses pentarbiahan yang menyeluruh; bertujuan membentuk pemimpin dengan fikrah Islamiah dan akhlak Islam.”

Sepanjang tiga hari program, peserta mengikuti lapan slot utama yang dirangka bagi menyentuh aspek kepimpinan strategik, hala tuju hidup sebagai da’i, serta aktiviti kerohanian. Perbincangan berkumpulan dan aktiviti interaktif turut dijalankan bagi memupuk kerjasama dan kesatuan dalam kalangan peserta yang datang dari latar belakang pelbagai.

Pengarah Program, Ustaz ‘Umayr Sayfurrahman Ainullotfi turut menyatakan bahawa pendekatan program kali ini lebih bersifat mendalam dan berfokus kepada pembinaan dalaman, sejajar dengan matlamat melahirkan du’at muda yang mampu memimpin, menyampaikan dan menggerakkan ummah.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Taha Talib, Timbalan Pengerusi Tarbiah Modal Insan, Pertubuhan IKRAM Negeri Johor, dalam satu majlis sederhana tetapi penuh penghayatan yang diadakan di ruang utama Masjid UTHM.

Turut hadir Ketua Sektor Tarbiah, Dayang Norhayani Mohd Amir, bersama barisan penggerak program dan guru-guru pengiring.

I’dad Du’at merupakan program tahunan yang berfungsi sebagai medan latihan dan tarbiah peringkat nasional, khusus bagi murid yang terpilih berdasarkan kelayakan serta komitmen kepimpinan di sekolah. Program ini diharapkan akan terus menjadi pemangkin dalam melahirkan pemimpin pelajar yang berjiwa besar, berpandukan ajaran Islam dan bersedia untuk memacu perubahan masyarakat.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis