Mesyuarat Agung Tahunan MIEB 2025 Tegaskan Komitmen Terhadap Pendidikan Rabbani

SERI KEMBANGAN — Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunannya bagi tahun 2025 bertempat di Dewan Utama Pertubuhan IKRAM Malaysia di sini pada Sabtu, 21 Jun yang lalu.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.15 pagi itu telah dihadiri oleh seramai 87 orang ahli, terdiri daripada ahli individu dan wakil-wakil ahli korporat. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) MIEB, Prof. Dr. Omar Yaakob menegaskan semula misi utama MIEB dalam membangunkan sistem pendidikan yang efektif berpaksikan Falsafah Pendidikan Islam. Beliau menekankan usaha melahirkan insan rabbani sebagai teras utama yang memandu segala hala tuju pendidikan di bawah rangkaian MIEB.

Majlis turut dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Badlishah Sham Baharin. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyentuh tentang sejarah dan pencapaian sekolah-sekolah rangkaian MIEB yang kini telah beroperasi lebih empat dekad, serta kualiti dan kemenjadian murid yang membanggakan serta semakin mendapat perhatian masyarakat.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan tahunan MIEB bagi tempoh April 2024 hingga Mei 2025 oleh Setiausaha LPA MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor. Turut dibentangkan ialah laporan kewangan MIEB berakhir 31 Disember 2024, laporan kempen Asas Islam Rahmah (AISAR), cadangan Perolehan Berpusat MIEB, serta laporan Task Force Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Beberapa usul juga telah dikemukakan dan dibahaskan dalam suasana mesyuarat yang harmoni dan berhemah, mencerminkan komitmen tinggi para ahli terhadap pembangunan pendidikan yang holistik dan berimpak tinggi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang dengan ucapan penutup oleh Prof. Dr. Omar Yaakob, yang merakamkan penghargaan atas komitmen semua pihak serta mengajak ahli untuk terus memperkukuh peranan MIEB dalam mendidik generasi rabbani masa depan.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus