Kerjasama MIEB–KITAB Buka Laluan Pengajian ke Timur Tengah, Teroka Kerjasama Latihan Industri

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan hormat daripada Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dalam satu sesi perbincangan yang memfokuskan pengukuhan hubungan strategik antara kedua-dua institusi pada Selasa, 2 Disember lalu di Pejabat Urusan MIEB.

Delegasi KITAB diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Jaringan Industri & Korporat, Dr. Zaini Jamaluddin, dan disambut oleh Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Perbincangan memberi tumpuan kepada peluasan akses pengajian tinggi ke Timur Tengah bagi pelajar sekolah rangkaian Musleh melalui program Diploma KITAB, selain meneroka kerjasama dalam penyediaan latihan industri untuk pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK).

Turut dibincangkan ialah peluang kolaborasi tenaga pengajar dan pelaksanaan program tarbiyah serta aktiviti kokurikulum bersama, selaras dengan komitmen MIEB untuk memperkasa pembangunan sahsiah dan akademik pelajar.

Kunjungan ini menandakan permulaan kepada hubungan strategik yang lebih erat dan membuka ruang baharu bagi memperkukuh ekosistem pendidikan Islam di Malaysia.

Hadir sama, Pengurus Besar MIEB, Dr. Shahrinizam Mohd Amin.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis