Bakat Muda Serlah Kehebatan di Peringkat Akhir Pertandingan Bercerita & Pidato Piala Ketua Wanita IKRAM 2025

SERDANG – Pertandingan Bercerita & Pidato Anak-anak Malaysia, Piala Ketua Wanita IKRAM kali ke-2 berlangsung dengan penuh semangat di Auditorium Rashdan Baba, Universiti Putra Malaysia (UPM), menghimpunkan peserta-peserta terbaik dari seluruh negara yang telah mara ke peringkat akhir pada Sabtu, 11 Oktober lalu.

Acara dwitahunan anjuran Wanita IKRAM Malaysia dengan kerjasama Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) ini bertujuan untuk memupuk keberanian, kepetahan serta nilai kepimpinan dalam kalangan anak-anak sejak usia muda.

Bertemakan “Sayangi dan Lindungi Anak Malaysia,” pertandingan ini bukan sekadar pentas untuk mencari pemenang, tetapi lebih besar daripada itu; satu usaha membina generasi yang mampu menyampaikan fikiran dengan adab, menyentuh hati dengan kata, dan menyeru kepada nilai kemanusiaan sejagat.

Keputusan Pertandingan

Pertandingan Pidato Sekolah Menengah
🥇 Iris Ramadhani Noor Mohamad, 15, SMK Seri Serdang (Zon Tengah)
🥈 Nur Khadijah Nasharudin, 15, SMI Hidayah Batu Pahat (Zon Selatan)
🥉 Hidayatul Husna Zulkefli, 15, SMK Pulau Tawar (Zon Timur)

Pertandingan Pidato Tahap 2 Sekolah Rendah
🥇 Nur Fara Aleesya Mohamad Dis, 12, SK Chengal Lempong, Kuantan (Zon Timur)
🥈 Muhammad Hafizulhadi Ahmad Tajuddin, 12, SRI Al-Hidayah Seri Iskandar (Zon Utara)
🥉 Muhammad Farish Abdul Jabbar, 12, SRI Hidayah Johor Bahru (Zon Selatan)

Pertandingan Bercerita Tahap 1 Sekolah Rendah
🥇 Nurul Naura Mickayla El Islam Muhammad Firdaus, 9, SRI Al-Ikram Pulau Pinang (Zon Utara)
🥈 Aisyah Julaibeeb, 9, SRI As-Saidiyyah Seremban (Zon Selatan)
🥉 Mu’minah Syakilah Muhammad Hilmi, 8, SRA Integrasi Pekan Beranang (Zon Tengah)

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Badlishah Sham Baharin, dalam kenyataannya turut menzahirkan rasa bangga terhadap keberanian dan kematangan yang ditunjukkan oleh para peserta.

“Bangga melihat anak-anak kecil berani berpidato di pentas pertandingan. Mereka berbicara dengan yakin, berfikir dengan matang dan membawa semangat Malaysia yang penuh harapan.”

Hadir sama, Ketua Wanita IKRAM Malaysia, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh serta Pengurus Besar MIEB, Dr. Shahrinizam Mohd Amin.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, ibu bapa, dan guru pembimbing atas usaha gigih serta sokongan padu yang memungkinkan kejayaan ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak Malaysia untuk terus menyerlah di pentas bahasa dan kepimpinan.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus