Lawatan Penanda Aras Buka Ruang Kerjasama

SERI KEMBANGAN – Bagi membincangkan usaha-usaha penanda aras, kesetaraan kualiti program-program berkaitan pengurusan dan membina jaringan kerjasama, Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting Highland telah mengadakan lawatan ke Pejabat Urusan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) pada Rabu, 28 Februari lalu di sini.

Delegasi lawatan dari IAB Cawangan Genting Highland itu telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Cawangan IAB Cawangan Genting Highland, Tuan Mohd Zaidi Basir. Beliau diiringi oleh wakil-wakil Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi, Jabatan Pembangunan Pengurus Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan serta wakil dari Jabatan Kepimpinan Komuniti dan Berkeperluan Khusus.

Kunjungan mereka disambut oleh Timbalan Pengerusi MIEB, Dr. Kamaliah Noordin, diiringi oleh Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Shahrul Aman Mohd Saari dan barisan Ketua-Ketua Bahagian yang lain termasuk Bahagian Latihan dan Bahagian Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau lebih dikenali sebagai PEDA.


Dalam pertemuan berkenaan, antara perkara yang dibincangkan termasuklah pengenalan terhadap organisasi Pertubuhan IKRAM Malaysia dan MIEB yang bertanggungjawab terhadap rangkaian sekolah-sekolah Musleh di seluruh negara, kursus-kursus pengurusan pentadbiran anjuran IAB serta kursus berdasarkan keperluan dan kehendak semasa bahagian PEDA Musleh atau MIEB secara keseluruhan.

Dalam perkembangan berkaitan, kedua-dua pihak turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama dan mengharapkan agar satu Note of Understanding (NOU) antara MIEB dan IAB dapat diwujudkan selepas ini.

Selain itu, pihak-pihak mengharapkan agar hasil perkongsian idea dan ilmu daripada lawatan ini akan dijadikan panduan dalam membantu menambah baik pengurusan dan pentadbiran serta dapat memacu kecemerlangan kedua-dua institusi berkenaan.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis