Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum Sasar Pembangunan Guru, Pengembangan Bakat Murid

SERI KEMBANGAN – Menyedari kepentingan penyampaian maklumat yang berkesan dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik, Sektor Kokurikulum Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS MUSLEH) telah menganjurkan Perhimpunan Tahunan Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum yang dihadiri oleh semua Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah rangkaian dan rakan Musleh pada Jumaat dan Sabtu, 1 dan 2 Mac lalu di sini.

“Sebaran dan penyampaian maklumat berkaitan pengurusan dan perancangan Sektor Kokurikulum Musleh dan KRS MUSLEH sepanjang tahun 2024 ini perlu, supaya pihak sekolah dapat merancang aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan, Mejar KRS Abdul Rahaim Md Isa.

Beliau yang juga merupakan Ketua Sektor Kokurikulum Musleh itu turut mengharapkan agar pelarasan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat dibuat di semua peringkat dalam usaha memperkasa aktiviti kokurikulum di sekolah dalam menyantuni bakat dan keupayaan murid.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yang Berbahagia Tuan Nazar Mamat, turut hadir memenuhi undangan dalam memberikan taklimat mengenai Pembangunan Kejurulatihan dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) kepada para peserta.

Di samping itu, beberapa taklimat lain serta penurunan modul dan arahan terkini berkait aktiviti kokurikulum Musleh untuk sesi persekolahan akan datang juga telah dibentangkan kepada peserta perhimpunan dalam usaha memastikan kejayaan perancangan dan pelaksanaan aktiviti di semua peringkat Institusi Pendidikan IKRAM.

Antaranya ialah taklimat mengenai Projek Dron dan Pertandingan Drone Edu Challenge (DEC) IR 4.0, sukan memanah, modul perkhemahan, Peraturan Format Pentaksiran Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh bagi sekolah rendah, Modul KRS MUSLEH bagi sekolah menengah, korelasi modul pentarbiahan merentas kokurikulum selain turut diadakan sesi dialog mengenai pengurusan kokurikulum sekolah-sekolah Musleh bersama Pengerusi Jawatankuasa Kokurikulum Musleh Integrated Education Berhad, Naufal Jailani.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail, Pengarah Eksekutif Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Eksekutif Tarbiah Modal Insan MIEB, Dayang Norhayani Amir.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus