2008 Calon Terima Keputusan SPPIM (SRI) 2023

SERI KEMBANGAN – Seramai 2008 calon dari keseluruhan 34 buah Sekolah Rendah Islam rangkaian IKRAM Musleh menerima keputusan rasmi Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2023 di sekolah masing-masing semalam dan layak mendapat sijil.

Rata-ratanya menerima keputusan peperiksaan berkenaan sambil diiringi oleh ibu bapa masing-masing.

Kesemua 34 buah sekolah rendah berkenaan mendapat gred purata sekolah bagi SPPIM (SRI) 2023 sebanyak 1.53 berbanding 1.625 pada tahun sebelumnya yang hanya melibatkan 32 buah sekolah rendah.

Sementara itu, subjek Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 0.42 iaitu gred purata subjek pada 2023 ialah sebanyak 1.17 berbanding 1.59 pada tahun sebelumnya dengan 33 buah sekolah mencatat 100 peratus kelulusan untuk subjek berkenaan.

Turut menunjukkan peningkatan, subjek Akhlak sebanyak 0.03 kepada 1.33, Tajwid sebanyak 0.1 kepada 1.5, Bahasa Arab sebanyak 0.13 kepada 1.72 dan Sirah sebanyak 0.05 kepada 1.47.

Dalam perkembangan berkaitan, Musleh Integrated Education Berhad atau dahulunya dikenali dengan Pendidikan IKRAM Musleh Berhad turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Guru Besar dan seluruh warga sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh khususnya murid-murid Tahun 6 bagi sesi 2023/2024 atas kejayaan dalam SPPIM (SRI) 2023.

SPPIM (SRI) merupakan salah satu daripada kaedah pentaksiran berasaskan sekolah yang dijalankan ke atas murid-murid tahun akhir di sekolah rendah dalam membuat penilaian kepada kemenjadian murid secara holistik.

Pentaksiran berkenaan melibatkan peperiksaan bertulis yang mewakili 40 peratus daripada markah keseluruhan, manakala bakinya melalui pentaksiran berterusan dalam pelbagai aktiviti seperti kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk murid yang dilaksanakan sepanjang tahun.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble