ICICM 2024: Alumni KDM Dinobat Pembentang Terbaik

KANGAR – Tahniah kepada alumni Kader Du’at Musleh (KDM), Ahmad Syafiq Yusof atas kejayaan beliau dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik dalam Persidangan Antarabangsa Isu Kontemporari Islam dan Pengurusan (ICICM) ke-4 yang berlangsung di Hotel Putra Regency di sini, semalam.

Persidangan anjuran Fakulti Al-Quran dan Sunnnah (FQS) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) itu memfokuskan sembilan subtema kertas kerja termasuklah berkaitan realiti pengajian al-Quran dalam menghadapi cabaran kontemporari, realiti pengajian Sunnah Nabawiyyah dalam menghadapi cabaran kontemporari, realiti pengajian akidah, dakwah dan Usuluddin dalam menghadapi cabaran kontemporari dan realiti pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Nawazil dalam menghadapi cabaran kontemporari.

Ahmad Syafiq yang juga mantan ‘Amir KDM merupakan alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dan sekarang berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di SBP Tuanku Sirajudin Perlis sambil meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah.

Semoga terus menginspirasi dan menyumbang manfaat kepada ummah.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Fatih Mohd Faizal, 18, alumni pelajar Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru, yang mencatat keputusan cemerlang

BERITA

BANDAR BARU BANGI – Menghimpunkan para alumni Musleh daripada generasi pertama sehingga alumni yang baru bergraduasi pada tahun 2024, Malam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad merakamkan ucapan tahniah kepada Abdullah ‘Ulwan Ammar, alumni SMI Al-Amin Gombak, atas kejayaan

BERITA

SERI KEMBANGAN – Latihan Kader Du’at (LKD) Generasi ke-16 telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, menghimpun 149 murid lepasan Sijil Pelajaran

BERITA

Panggilan buat semua alumni sekolah-sekolah Musleh. Jika anda pernah bersekolah di sekolah-sekolah rangkaian Musleh, maka, ya, andalah yang dimaksudkan dengan

BERITA

GOMBAK – Buat julung-julung kalinya, Majlis Tautan Ukhuwah (MTU) berkonsep ‘high-tea reunion’ telah diadakan bagi mengumpulkan alumni yang pernah mendapat