Pengerusi Lembaga Pengarah IKRAM Musleh Dilantik Anggota MPPK

PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah IKRAM Musleh, Prof. Dr. Omar Yaakob telah dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023-2025. Lantikan tersebut diumumkan bersama lapan lagi anggota MPPK dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 oleh Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek yang telah berlangsung petang 18 Januari lalu di sini. 

Majlis yang dianggotai oleh sembilan ahli pemegang taruh dalam bidang pendidikan itu mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin yang turut terlantik bagi sesi sama.

MPPK mula ditubuhkkan oleh Menteri Pendidikan pada November 2010 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang berfungsi menasihati Menteri Pendidikan tentang apa-apa isu pendidikan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara. 

Prof. Dr. Omar Yaakob merupakan profesor di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga adalah Felo Akademi Profesor Malaysia dan turut menjadi Ahli Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Pembangunan Insan, Akademi Profesor Malaysia. Bergiat aktif dalam pendidikan sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH, ini adalah pelantikan kedua Prof. Dr. Omar sebagai anggota MPPK yang mana lantikan pertamanya pada sesi 2018-2020. 

Sumber: ikram.org.my

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus