Usaha Menyemai dan Memupuk Perpaduan di Sekolah IKRAM Musleh

Perpaduan nasional adalah sesuatu yang sangat berharga. Ia perlu disemai dari bangku sekolah. Anak-anak perlu diajar bertaaruf, mengenali dan menghormati budaya dan agama kaum lain.

Namun, usaha ini menjadi agak mencabar dalam keadaan sistem pendidikan kita membenarkan kepelbagaian jenis sekolah menyukarkan proses taaruf ini.

Sistem pendidikan di Malaysia unik, mempunyai pelbagai aliran. Kerajaan sendiri mempunyai sekolah kebangsaan di peringkat rendah dan menengah. Di peringkat menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewujudkan pelbagai jenis sekolah; berasrama penuh, harian, agama, integrasi, dan seumpamanya.

Selain sekolah-sekolah di bawah KPM, terdapat dua aliran lain yang dominan. Pertama sistem vernakular yang terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang mendapat bantuan kerajaan dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Aliran dominan kedua ialah sekolah-sekolah agama yang terdiri daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sekolah agama negeri, maahad tahfiz dan sekolah agama swasta persendirian yang kian bercambah.

Peratus kaum lain selain Melayu di sekolah kebangsaan amat sedikit. Menurut statistik KPM, peratus penyertaan kaum Cina dan India di sekolah kebangsaan hanya masing-masing 0.73 peratus dan 2.63 peratus pada tahun 2020.

Kepelbagaian jenis sekolah kebangsaan dan swasta dalam sistem pendidikan membolehkan ibu bapa memilih sekolah yang sesuai untuk anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, kepelbagaian sekolah ini membentuk halangan yang menyukarkan peluang untuk berinteraksi dalam kalangan pelajar.

Pelajar-pelajar di aliran vernakular, terutama SMPC kurang mendapat peluang pendedahan kepada pergaulan dengan kaum lain. Begitu juga pelajar-pelajar di aliran tahfiz dan sekolah agama rakyat atau swasta, langsung tidak bergesel bahu dengan etnik lain.

Jika dibiarkan, jurang di antara kaum akan semakin bertambah. Oleh itu, usaha perlu dibuat untuk meningkatkan pendedahan kepada kepelbagaian ras dan etnik.

Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) pada tahun 1986, namun pelaksanaannya hambar. Isu ini disentuh di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Untuk menyelesaikannya, anjakan ketiga PPPM dinyatakan insiatif yang bakal diambil “..mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi.“

Namun seperti banyak hasrat dan aspirasi lain di dalam PPPM, usaha RIMUP tidak dilaksanakan dengan berkesan, ada kalanya kerana kekurangan peruntukan kewangan.

Interaksi dalam kalangan pelajar perlu dipertingkat bagi membolehkan mereka berkongsi memahami latar belakang dan budaya masing-masing serta membangunkan aspirasi bersama untuk masa depan Malaysia.

Sekolah-sekolah IKRAM Musleh telah mengorak langkah untuk melaksanakan jalinan persefahaman dengan sekolah-sekolah Cina. Di antara aktiviti ini disenaraikan di hujung artikel ini.

Usaha ini merupakan langkah awal untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dari kedua belah pihak untuk mengenali satu sama lain serta memahami bahawa negara ini terbina di atas persefahaman dan perpaduan kaum yang perlu dipelihara.

Prof. Dr. Omar Bin Yaakob
Pengerusi Lembaga Pengarah, Pendidikan IKRAM Musleh

1. Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat dan SJKC Kong Nan Pt Raja.
Lawatan Muhibbah Sempena Bulan Kemerdekaan (Program RIMUP) 2022 (1) 光南学校 SJKC KONG NAN – Posts | Facebook
Sambutan Bulan Kemerdekaan SRI Hidayah BP & SJKC Kong Nan (https://fb.watch/fS_8sOFDyc/)
Sambutan Bulan Kemerdekaan SRI Hidayah BP & SJKC Kong Nan di TV didik (https://youtu.be/EwW4mWEc4hI)

2. Sekolah Rendah Islam Hira Klang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pui Ying Klang.
Silang Budaya -Sambutan Hari Kemerdekaan | Jemputan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pui Ying 2022 , https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid036QTKKsCw4dyyoCjKDWRjruR3xCT8KKZy9XKRQVecBufj8RJxy7x19HWH42M7KPJ3l&id=100063908526545&sfnsn=mo

3. Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak dan Tsun Jin High School, Kuala Lumpur.
Program Silang Budaya (2019) https://www.facebook.com/smiaag/posts/945903205605141

4. Sekolah Rendah Islam Al-Ikram dan SJK (C) Lee Chee, Tasek Gelugor.
Kelab Bahasa Cina SRI Al-Ikram adakan aktiviti Program Silang Budaya ke SJK (C) Lee Chee (2020) https://www.facebook.com/stailsmar…/posts/2886127881439377

5. Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dan SMPC Pei Chun High School Pontian.
Aktiviti silang budaya bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina (2018) https://www.facebook.com/SekolahIslamHidayah/posts/1828692837175594

Persembahan Silang Budaya – SMK Pei Chun di Majlis Ihtifal SMIH (2017)
https://www.facebook.com/SekolahIslamHidayah/videos/1521561891222025

Sekolah Islam Hidayah Menyertai Larian Amal Pei Chun 2017 https://hidayah.edu.my/2017/05/02/sekolah-islam-hidayah-menyertai-larian-amal-pei-chun-2017/?fbclid=IwAR1C6jzfWHswzlhYic7reg2uGmb9guNIh3rUOXqIs4gD6gFvZ-xPJDqbpB0

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dari Warga SMI Hidayah JB kepada Pengurusan dan Warga SM Pei Chun Pontian (2017) https://www.facebook.com/SekolahIslamHidayah/posts/1429293783782170

6. Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dan SMPC Foon Yew Johor Bahru
Kunjungan Mahabbah SMIH ke SM Foon Yew https://hidayah.edu.my/2019/02/17/kunjungan-mahabbah-smih-ke-sm-foon-yew/?fbclid=IwAR3QcrHVUSUyfStoROcDIptmZpVMuYlrBd8yT0hwz6PKNYlA77iL8gOM5-E

7. Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru dan SJKC Foon Yew Johor Bahru
SRIHJB: Sambutan Tahun Baru Cina Di SJK(C) Foon Yew 1 (2020) https://hidayah.edu.my/2020/01/23/srihjb-sambutan-tahun-baru-cina-di-sjkc-foon-yew-1/?fbclid=IwAR2ksEclCEfxZcRwt60s4uy8hvEiKXMeWLUOBX7XNhmh7USuKosChSZYl0w

SRIH Johor Bahru Menerima Undangan dari SJK (C) Foon Yew 4 (2017) https://hidayah.edu.my/2017/02/07/srih-johor-bahru-menerima-undangan-dari-skjc-foon-yew-4/?fbclid=IwAR0DDyQkWl1ermsYN_qmGejkrMQ4fdySQ4c4SllrDiJnSEUGnMp2-FoGjRs

Persembahan Khas dari SJK(C) Foon Yew 4 di Ihtifal SRIH (2016) https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1343794032332146 dan https://fb.watch/fU07RrX9ys/

Lawatan Muhibbah SJK(C) Foon Yew 4 ke SRIH Johor Bahru (2016), https://www.facebook.com/media/set/…

8. Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru dan SJKC Pu Sze Skudai
Sek Ren Islam Hidayah menerima jemputan dari SJKC Pu Sze untuk acara larian 4x100m lelaki (2022) https://hidayah.edu.my/2022/08/25/srihjb-acara-4x100m-lelaki-jemputan-sjkc-pu-sze/?fbclid=IwAR0PFgfG4zqBRbBOu3zElx-0fTyjv0laVLzU0GbM3kS0PO1GogsO8sUnMiw

Kongsikan...

Bincangkan...