1889 Calon Terima Keputusan Pentaksiran SPPIM 2022 Hari Ini

Seri Kembangan – Seramai 1889 calon Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) bagi sekolah rendah menerima keputusan pentaksiran berkenaan bermula jam 11.00 pagi ini di sekolah masing-masing dan layak mendapat sijil.  

Menurut Ketua Sektor Pentaksiran, Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM Musleh, Zunaidah Yacob, SPPIM bagi tahun 2022 ini dilaksanakan sepenuhnya di bawah tanggungjawab dan pengawasan daripada pihak pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar.

Beliau berkata, SPPIM 2022 merupakan pentaksiran yang dijalankan sepenuhnya berasaskan sekolah.

“Penilaian dan pentaksiran yang dijalankan bersifat menyeluruh melalui pelbagai kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk pelajar IKRAM Musleh yang dilaksanakan sepenuhnya berasaskan sekolah sepanjang tahun.”

Dalam pada itu, sebanyak 32 buah sekolah rendah terlibat dalam SPPIM kali ini. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang menerima keputusan hari ini.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis