SRI Al-Amin Keramat Juara Pertandingan Kitar Semula

Barisan pemenang.
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Pandan Indah, Ampang – Usaha dan komitmen para guru dan murid termasuk ibu bapa murid dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Keramat dalam menjayakan aktiviti kitar semula berjaya membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara Pertandingan Kitar Semula peringkat sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sekaligus berjaya membawa pulang hadiah utama berjumlah RM1400 dan sijil.

Keputusan pertandingan tersebut diumumkan dalam Festival Kebudayaan dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula dan Taman Perumahan Terbersih MPAJ Tahun 2022 yang berlangsung meriah pada Sabtu lalu di sini.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPAJ, Tn. Mohd Fauzi bin Mohd Yatim itu turut menyaksikan SRI Al-Amin Keramat menerima Anugerah Khas Kutipan Plastik Tertinggi yang melayakkan penerima anugerah membawa pulang sijil dan hadiah wang tunai berjumlah RM700. Dalam perkembangan sama, SRI Al-Amin Keramat turut berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Reka Cipta Poster Kitar Semula.

Guru Besar SRI Al-Amin Keramat, Rozita Arsat menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh warga sekolah terutamanya bahagian Hal Ehwal Murid (HEM), ibu bapa dan murid-murid atas semangat kerjasama yang diberikan terhadap semua projek menghijaukan bumi dan menjaga alam sekitar yang dianjurkan sekolah sepanjang pertandingan itu berlangsung.

“Minyak masak terpakai dan e-waste masih lagi boleh dihantar ke sekolah sehingga hujung bulan Disember tahun ini,” tambahnya.

Tahniah kepada seluruh warga SRI Al-Amin Keramat.

Sumber: Facebook Sekolah Rendah Islam Al Amin Keramat

BERITA

SERI KEMBANGAN – Centre for Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) melalui Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terus

BERITA

SEBERANG PERAI UTARA, 19 Ogos – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Sekolah Rendah

BERITA

SERI KEMBANGAN, 18 Ogos – Jaringan Pendidikan Islam di peringkat serantau terus diperkukuh apabila Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima

BERITA

SERI KEMBANGAN – Peperiksaan bertulis Sijil Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) bagi Sekolah Rendah Islam (SRI) bermula hari ini mengikut

BERITA

SERDANG, 8 Ogos – Seramai hampir 300 warga Institusi Pendidikan IKRAM meliputi guru, pelajar dan pihak pengurusan sekolah seluruh negara

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan