Taekwando: SRAH Ipoh Raih 3 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa

Mior Muhammad Irfan (tengah)

Alor Setar – Mior Muhammad Irfan, 11, pelajar tahun 5 dari Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah, Ipoh menghadiahkan 2 pingat emas melalui persembahan bertenaga bagi acara breaking dan acara kyorugi senior fly, kategori 9-11 tahun dalam Kejohanan Antarabangsa Taekwando Universal Star yang telah berlangsung 7 hingga 8 Mac lalu di Stadium Sultan Abdul Halim. Pencapaian cemerlang beliau turut menyaksikan beliau membawa pulang satu lagi pingat perak bagi acara poomsae.

Seterusnya, Amirul Hadi, 9, berjaya meraih 1 pingat emas melalui acara poomsae, kategori 9-11 tahun diikuti rapat oleh Adi Iskandar, 10, yang turut berjaya memperoleh perak bagi kategori sama. Adi turut meraih 1 pingat gangsa melalui acara kyorugi, kategori sparring bantam weight (23-26 kg).

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Sekolah Rendah Islam Hidayah, Ipoh menyapu bersih 1 pingat emas dan 1 pingat perak dalam acara poomsae individu, kategori 9-11 tahun.

Sumber: Facebook SRI Al-Hidayah, Ipoh

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS

BERITA

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25

BERITA

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan

BERITA

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh