Memanah: Qaid, Adlyn dari SRI Hidayah JB Mara ke Peringkat Kebangsaan

Pontian – Dua daripada lima orang murid dari Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru telah berjaya mara ke peringkat kebangsaan selepas menunjukkan aksi cemerlang semasa mewakili daerah Johor Bahru bagi sukan memanah dalam Kejohanan MSSJ 2019 yang berlangsungĀ pada 20 hingga 22 Jun 2019 yang lalu. Kejohanan selama 3 hariĀ itu telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan telahĀ menyaksikan seramai lebih kurang 1152 orang murid berkumpul dari seluruh negeri Johor untuk menyertainya.

Sufbri Karmin, jurulatih pasukan memanah SRI Hidayah Johor Bahru melahirkan rasa gembira apabilaĀ kelima-lima pemanah dari SRI Hidayah Johor BahruĀ telah menunjukkan aksi cemerlang dalam setiap pusingan.

“Alhamdulillah, semuanyaĀ dapat menghabiskan panahan dengan baik sekali. Dua daripada mereka; Qaid dan Aleeya Adlyn layak mewakiliĀ negeriĀ ke peringkat kebangsaan nanti,” lanjutĀ Sufbri.

Gagal disaingi 11 daerah yang lain, pasukan memanah dari daerah Johor Bahru telah memperoleh keputusan terbaik keseluruhan dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi sukan memanah di Kejohanan MSSJ 2019.

Berikut adalah keputusan rasmi yang dimenangi oleh para pemanah dari SRI Hidayah Johor Bahru:

1. Muhd Qaid
– Individual Qualification Round (Gangsa)
– Team Qualification Round (Perak)
– Team Elimination Round (Perak)

2. Alif Mifzal
– Team Qualification RoundĀ (Perak)
– Team Elimination Round (Perak)

3. Muhd Khairuzzikri
– Team Qualification RoundĀ (Perak)
– Team Elimination RoundĀ (Perak)

4. Aleeya Adyln
– Individual Qualification RoundĀ (Emas)
– Team Qualification RoundĀ (Emas)
– Team Elimination Round (Emas)

5. Nur Humairah Uzma
– Team Qualification Round (Emas)
– Team Elimination Round (Emas)

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS

BERITA

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25

BERITA

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan

BERITA

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh