SMI Al-Amin Gombak Rangkul 2 Perak 1 Gangsa

Gombak – Sempena Karnival STEM Sekolah-sekolah Menengah peringkat daerah Gombak yang telah berlangsung pada 11 Julai lalu di SBPI Gombak, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Pertandingan Pelancaran Roket yang telah dianjurkan. 

Karnival anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Gombak yang berlangsung sejak 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu menyaksikan Wan Aiman Arshad Wan Abdullah, Muhammad Al-Ksysyaf Mohamad Nor dan Muhammad Irsyad Fauzi masing-masing merangkul pingat gangsa untuk Kategori Sesaran Terbaik, pingat perak untuk Kategori Payung Terjun Berbeban Terbaik dan pingat perak untuk keseluruhan Pertandingan Pelancaran Roket. 

 

Terdahulu, dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah 2019 yang melabuhkan tirainya pada 8 Julai yang lalu, Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi dari SMI Al-Amin Gombak telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik bagi kategori Bahasa Melayu manakala Muhammad Iman Hazim pula dinobat pendebat kedua terbaik.

Syabas dan tahniah buat SMI Al-Amin Gombak atas kejayaan-kejayaan ini.

Sumber foto: https://www.facebook.com/smiaag 

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala