Gelaran Ratu Pecut 100 meter Milik Humayra

Seremban – Pelari cilik, Nur Humayra Farzana, 10, dinobatkan sebagai Ratu Pecut dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Seremban 1 selepas menewaskan atlet yang lain dalam acara larian 100 meter bagi kategori bawah 10 tahun (B10), semalam di Kolej Tunku Kurshiah.

Pelajar tahun 4 dari SRI Al-Amin Nilai itu gagal disaingi oleh atlet lain dan meraih pingat emas dalam acara itu biarpun baru pertama kali menyertainya. 

Menurut Amirul Syafiq, jurulatih olahraga, ini merupakan kali pertama SRI Al-Amin Nilai menghantar penyertaan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Seremban 1 dan kejayaan meraih emas dalam acara 100 meter B10 merupakan satu sejarah manis buat sekolah.

Segala penat lelah dan latihan intensif yang diadakan terasa berbaloi dengan kemenangan ini, tambah beliau. 

Kejohanan tersebut turut berlangsung di Center Court, Seremban.

 

 

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS

BERITA

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25

BERITA

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan

BERITA

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh