Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa: Tanam Budaya Raikan Kepelbagaian Bahasa

 

21 Feb, Kuala Lumpur – Alhamdulillah, sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2018 telah berlangsung dengan meriah semalam di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall. Dengan dihadiri lebih daripada 200 orang tetamu, sambutan yang bermula seawal jam 6.30 petang semalam telah sampai ke kemuncaknya dan semua pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan dan dijalankan semasa Hari Karnival pada 11 Februari yang lalu telah diumumkan.

Seramai 52 orang pelajar dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh telah menyertai karnival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa pada 11 Februari yang lalu manakala malam tadi kira-kira 52 orang termasuk ibu bapa dan guru dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh turut hadir meraikan.

Tahun ini juga menyaksikan keseluruhan 165 penyertaan bagi Pertandingan Esei dan Lukisan telah diterima daripada sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang mewakili kaum Melayu dengan penyertaan terbanyak dari SRI Al-Amin Keramat iaitu sebanyak 36 penyertaan. Syabas dan tahniah juga kepada SRI Aman WB, SRI Hira Klang, SRI Hidayah JB, SRI Al Amin Bangi, SRI Al Hidayah Seri Iskandar, SRI Al Amin Kemaman, SRI Al Amin Gombak, SRI Al Amin Wangsa Maju dan SRI Al Amin Nilai yang turut menghantar penyertaan.

 

Cik Usharani A/P Sarkunavalu selaku Pengarah Program sedang memberikan ucaptama.

Tahniah kepada semua badan bukan kerajaan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini terutamanya, ketua penganjur, Tamil Foundation Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia yang turut sama berganding bahu bersama IKRAM-MUSLEH, Pusat Kebudayaan LLG, Jaringan Orang Asal SeMalaysia, KLSCAH selaku penaja utama tempat program, NaamTamilar, Gabungan Pendidikan Tamil Malaysia, Jiao Zhong, Merdeka University Berhad, JAGAM, TAA, GBM dan IPPN.

Semoga kita terus dapat memupuk perpaduan melalui aktiviti dan usahasama seperti ini dan hidup dengan rukun dan damai walaupun berbeza agama, bangsa dan kepercayaan.

Kongsikan...

Bincangkan...