Projek Silang Budaya Jadi ‘Trend’

Interview 1

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, beberapa sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan dan kunjungan mahabbah ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina dan bahkan ada yang mengadakan kunjungan ke kawasan kejiranan untuk menyantuni masyarakat cina. 

Wakil SMI Al-Amin Kemaman dan juga SRI Al-Amin Dungun umpamanya, baru-baru ini telah berkunjung ke SJK (C) Chukai dan menyampaikan hamper kepada Guru Besar SJK (C) Chukai sambil bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat tentang suasana pendidikan di sekolah masing-masing. Usaha ini dilihat sebagai suatu perkara yang baik dan patut diteruskan. 

Memetik kata-kata Ustaz Megat Mohamed Amin Bin Megat Mohamed Nor, Pengarah Eksekutif Pendidikan IKRAM Musleh Berhad, “Kunjungan silang budaya antara sekolah-sekolah MUSLEH dan sekolah-sekolah non-muslim terutamanya sekolah-sekolah cina dilihat sebagai satu usaha yang baik untuk mengadakan engagement dengan sekolah-sekolah non-muslim ini yang kita lihat akan menjadi prospek dakwah, insya Allah.” 

Selain itu, para pelajar SRI Al-Amin Tropicana turut menyantuni masyarakat cina setempat dengan menyediakan pek-pek kecil berisi buah limau mandarin dan membuat kad-kad ucapan tahun baru yang comel untuk diserahkan kepada masyarakat cina yang mereka temui. Inisiatif ini dilihat sebagai suatu usaha yang baik kerana anak-anak kecil ini telah diberi pendedahan bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat yang berlainan agama dan pegangannya tanpa menanamkan sedikit pun rasa prejudis terhadap orang lain yang berlainan budaya dan gaya hidup.


Selain itu, SMI Al-Islah Sg Petani juga tidak ketinggalan meneruskan hubungan baik dengan SMJK (C) Sin Min Sg Petani yang sudah terjalin lama dengan mengadakan kunjungan mahabbah ke sekolah itu kelmarin. Kunjungan tersebut disambut dengan meriah dan mesra di mana para guru dan murid turut diberi peluang menggunakan berus cina dan dakwat kaligrafi untuk menulis tulisan cina di atas kertas merah yang disediakan di Dewan Sekolah SMJK (C) Sin Min. 


Semoga usaha ini dan projek silang budaya ini akan terus menjadi inspirasi kepada institusi-institusi pendidikan MUSLEH yang lain dalam membina hubungan dan engagement dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyebarkan dakwah dan kebaikan.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus