11 Pemimpin Pelajar Sekolah Rangkaian IKRAM-MUSLEH Wakili Malaysia ke Nusantara Students Leadership Camp (NSLC) 2017

Universiti Malaya – Telah berlangsung semalam program Nusantara Students Leadership Camp (NSLC) 2017 di sini anjuran bersama Majlis Pemuda IKRAM (MPI) dan Institute of Leadership Development (ILEAD) Universitas Indonesia (UI) yang menghimpunkan kepimpinan pelajar dari Malaysia dan Indonesia khusus untuk membangun kepimpinan pelajar di peringkat Asean. Program yang membawa tema “Becoming Excellent Future Leaders” ini telah disertai oleh 11 orang pemimpin pelajar yang terpilih dari sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM-MUSLEH mewakili Malaysia manakala 50 orang peserta lagi dari Indonesia.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi Out Bound bagi tujuan ice-breaking dan untuk membentuk karakter kepemimpinan dalam diri peserta melalui aktiviti dalam kumpulan sesuai dengan tugasan-tugasan yang diberikan. Semangat pemimpin berjiwa muda dan kesungguhan peserta dapat dilihat melalui aktiviti ini yang berlangsung sehingga waktu petang. Program ini diteruskan lagi dengan sesi konferens yang menampilkan ketokohan dan karisma para peserta melalui pembentangan dan ucapan bermula pada jam 5.00 petang hingga program berakhir sekitar jam 10.30 malam selepas sesi resolusi dan majlis penutupan rasmi program. 

Arif Fikri Bin Hamidi, Ketua Pelajar SMI Hidayah, Johor Bahru mewakili peserta dari Malaysia sedang menyampaikan ucapan dalam sesi konferens yang berlangsung semalam

Turut hadir bersama Ustaz Megat Mohamed Amin Bin Megat Mohamed Nor selaku wakil rasmi IKRAM-MUSLEH dan Haji Shahrul Aman Bin Mohd Saari, wakil rasmi dari Pertubuhan IKRAM Malaysia yang turut sama berucap dalam sesi konferens tersebut malam tadi.

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang telah dirancang dan para peserta dapat membawa pulang ilmu dan pengalaman berharga yang diperoleh untuk dipraktikkan dan dikongsikan bukan sahaja di sekolah masing-masing tetapi juga untuk seluruh masyarakat umumnya.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus