23 Nov, Kuala Lumpur – Hampir 200 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Brunei dan Nigeria mula bersidang semalam di Hotel Putra, Kuala Lumpur.
Persidangan ini di anjurkan oleh International Centre for Educational Excellence (ICEE) dan Pendidikan Ikram Musleh (IKRAM Musleh) dengan kerjasama Jaringan Sekolah Islam Terpadu (Indonesia), Assalam Smart School Association (Thailand), Association for Academic Quality (Pakistan) dan Mercy Institute for Islamic Studies (Sri Lanka).
Sebanyak 6 ucaptama dan 41 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang Persidangan tiga hari tersebut. Ia dianggap sebagai satu program high-impact yang telah dilaksanakan dengan jaya, biznillah.
Jazzakumullahukhairan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.
Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali, Pengarah Program
Penghargaan khas kepada AJK Penganjur yang diketuai oleh Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Dr Azma Mahmood dan Prof Mahamod Ismail dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan di sini. Hanya Allah yang mengetahui pelbagai cabaran dan penat lelah mereka dalam mengendalikan program ini. Allah jualah yang dapat membalasnya dengan ganjaran sebaik-baiknya.
Sokongan dan dokongan semua warga IKRAM Musleh juga sangat dihargai. Pihak penganjur yakin bagi yang hadir, ia memberikan cetusan yang segar bagi meningkatkan usaha-usaha kita untuk terus memartabatkan pendidikan Islam.