IKRAM Musleh Komited Lahirkan Murabbi Qudwah Demi Kelestarian Dakwah

Projek Murabbi Qudwah 2017

 

Projek Murabbi Qudwah 2017 2

Seri Kembangan – Projek Murabbi Qudwah angkatan pertama telah sempurna dilaksanakan di sini semalam. Turut hadir dalam Majlis Penutupan Projek Murabbi Qudwah adalah Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad yang sekaligus telah melangsungrasmikan Majlis Penutupan tersebut. Projek ini merupakan anjuran JK Tarbiyah dengan kerjasama IKRAM-MUSLEH. Daurah khusus intensif ini telah mengambil masa 10 hari. 60 orang pendidik (jumlah berdaftar 70 orang) dari seluruh SRI-SMI rangkaian/rakan IKRAM Musleh telah berjaya memenuhi syarat graduasi.

Antara objektif projek ini dijalankan adalah untuk membina kemampuan dan membentuk sekumpulan pendokong tarbiyah di SRI-SMI untuk membantu pentarbiyahan di peringkat sekolah, menyediakan tunggak tarbiyah yang mencukupi di setiap sekolah agar menjadi rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu berkaitan tugas-tugas pentarbiyahan serta mempermudah perkongsian kepakaran dan pengalaman tarbawi di antara SRI-SMI di peringkat nasional agar dapat memperteguh kerjasama dalam mengatasi segala kepayahan, permasalahan dan mencari penyelesaiannya.

Moga-moga Allah swt memberkati usaha kita dalam memperkasa proses pentarbiyahan di SRI-SMI.

BERITA

SERI KEMBANGAN, 2 Mei – Sistem pendidikan untuk umat Islam hendaklah dijiwai dan diresapi dengan ajaran tauhid dari segi teori

BERITA

Pada 28 Ogos yang lepas, webinar anjuran Unit R&D IKRAM Musleh telah berjaya menghasilkan satu semakan semula kepada komponen asas

BERITA

23 Nov, Kuala Lumpur – Hampir 200 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Brunei

BERITA

[Focus Group Discussion tentang International Quality Range Assessment] Kuala Lumpur – Telah berlangsung Focus Group Discussion untuk projek International Quality

BERITA

Alhamdullillah, pada 7 Disember 2016 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur, Majlis Taklimat Tarbiyyah IKRAM Musleh 2016 telah berjaya dilaksanakan.

BERITA

  Kuala Lumpur – Telah berlangsung Majlis Taklimat Tarbiah Ikram Musleh di Wisma Sejarah pada 10 Disember dengan tema “Bersama