Projek IQRA Diperkenal di Persidangan Antarabangsa

18 Sept, United Kingdom – Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Megat Mohamed Amin Bin Megat Mohamed Nor telah berpeluang menghadiri dan membentangkan projek International Quality Range Assessment (IQRA) di Persidangan Antarabangsa 2018 anjuran International Association for Educational Assessment (IAEA) hari ini.

Menurut beliau, IQRA merupakan satu projek yang dibangun bersama oleh beberapa agensi pendidikan nasional dan juga internasional termasuk IKRAM Musleh bagi memperkenalkan satu kaedah baru dalam menilai kemenjadian diri para pelajar.

Dalam persidangan berkenaan, ramai yang memberi respon positif terhadap projek IQRA yang telah dibentangkan. Menurut Stuart Shaw, Ketua Penyelidik di Cambridge Assessment International Education, “IQRA presents a new definition of achievement, quite different from its traditional definition. I really like this new word – becomingness.” 

Selain itu, Dr. Graham Orpwood, Direktor Program Vretta Antarabangsa turut mengatakan bahawa IQRA menunjukkan satu kaedah pentaksiran yang berbeza dan unik. 

“Instead of us telling the students who they are. IQRA wants the students themselves to tell us who they are,” tambah beliau lagi. 

Menaruh harapan penuh terhadap projek ini, Megat Mohamed Amin turut memberitahu delegasi-delegasi yang hadir bahawa IKRAM Musleh akan terus berbincang dengan beberapa badan berautoriti antarabangsa agar IQRA boleh digunapakai oleh sekolah-sekolah di seluruh dunia.

“Buat masa ini, IQRA telah digunapakai di beberapa sekolah di Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka dan Pakistan,” ujar beliau lagi.

Persidangan tersebut berlangsung di United Kingdom selama 3 hari bermula semalam.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus