48 Buah Sekolah Sertai Karnival Amal Islami IKRAM Musleh 2018

SMI Hidayah Johor Bahru merangkul Johan bagi Pertandingan Nasyid Karnival Amal Islami IKRAM Musleh bagi kategori sekolah menengah

 

13 Mei, Behrang – Telah berlangsung Karnival Amal Islami IKRAM Musleh (KAIIM) pada 11-13 Mei 2018 yang lalu bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Seramai 1, 536 orang menyertai program ini dari 32 buah Sekolah Rendah Islam dan 14 buah Sekolah Menengah Islam rangkaian IKRAM Musleh.

Antara acara-acara yang telah dipertandingkan ialah tilawah Al-Quran, menulis khat, syarahan, pengucapan awam, bicara berirama, hafazan dan nasyid. Pada pertandingan kali ini, para juri yang terdiri daripada guru-guru Sekolah IKRAM Musleh telah dibimbing, diselia dan dipantau secara khusus oleh 5 orang pensyarah dari IPG Tunku Bainun, Seberang Perai, Pulau Pinang yang mana mereka mempunyai pengalaman sebagai hakim-hakim Pertandingan Amal Islami Peringkat Kebangsaan.

Layari laman sesawang rasmi Karnival Amal Islami IKRAM Musleh di pautan https://www.facebook.com/amalislamimusleh/ untuk menonton video dan melihat foto-foto aktiviti sepanjang KAIIM’18 berjalan dan mengetahui keputusan penuh pertandingan-pertandingan yang diadakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus