Murid SMI Al-Islah Rangkul Tempat Pertama Pertandingan Robotik NICERS’26

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz, mengharumkan nama sekolah apabila meraih tempat pertama dalam Pertandingan Robotik (Robot-Sumo) kategori Troodon Sumo 500g sempena National Invention and Innovation Competition Exhibition and Robot-Sumo 2026 (NICERS’26) berlangsung semalam di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, di sini.

Dengan penyertaan daripada pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran, SMI Al-Islah Sg. Petani muncul juara dalam kategori Troodon Sumo 500g, diikuti SMK Serdang Baru di tempat kedua dan Kolej Vokasional Balik Pulau di tempat ketiga.

Bagi kategori Troodon Sumo 1kg pula, Kolej Vokasional Seri Manjung muncul sebagai juara, diikuti Kolej Teknologi Termaju (ADTEC), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kampus Kulim di tempat kedua manakala Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra menduduki tempat ketiga.

Kejayaan pasukan SMI Al-Islah Sg. Petani itu turut didukung melalui bimbingan dan latihan Pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, Encik Mohd Zaki Abdul Manap.

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada adik Muhammad Syahmi, Yusuf Fansuri, para guru, waris serta seluruh warga sekolah atas pencapaian membanggakan tersebut.

Semoga kejayaan tersebut menjadi pencetus semangat kepada para peserta untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping menarik minat lebih ramai murid untuk meneroka bidang inovasi dan robotik.

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble

BERITA

SERI KEMBANGAN – Centre for Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) melalui Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terus