Jaringan Pendidikan Rentas Sempadan: Yala Rajabhat University Kunjungi MIEB

SERI KEMBANGAN, 18 Ogos – Jaringan Pendidikan Islam di peringkat serantau terus diperkukuh apabila Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada Fakulti Pendidikan, Yala Rajabhat University, Thailand, semalam di sini.

Kunjungan tersebut melibatkan seramai 12 ahli fakulti dan staf akademik Yala Rajabhat University, dengan Asst. Prof. Dr. Abdulramae Sulong sebagai antara wakil utama delegasi.

Kunjungan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Fakulti Pendidikan, Yala Rajabhat University untuk meneliti amalan pengurusan institusi, pembangunan guru, sistem pentadbiran serta pembangunan kurikulum, khususnya dalam konteks pengurusan Tadika Islamic Learning Center di Thailand.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengurus Besar MIEB, Dr. Noor Liyana Mohd Nor dan Ketua Sektor Tarbiyah, Centre for Learning Excellence (CLE), Dayang Norhayani Amir.

Sepanjang kunjungan tersebut, delegasi Yala Rajabhat University berpeluang mendapatkan gambaran mengenai pengalaman dan pendekatan MIEB dalam pengurusan pendidikan, manakala MIEB turut berpeluang memahami perspektif serta keperluan institusi pendidikan di wilayah selatan Thailand.

Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan berkaitan pengurusan institusi pendidikan, pembangunan profesional guru serta pendekatan yang boleh dikongsi dalam memperkukuh kualiti pendidikan.

Secara tidka langsung, kunjungan akademik seperti ini mencerminkan kepentingan jaringan pendidikan rentas sempadan dalam memperluas ruang kolaborasi dan perkongsian ilmu, khususnya dalam bidang pendidikan Islam dan pembangunan institusi.

MIEB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan Yala Rajabhat University untuk menjadikan kunjungan ini sebagai ruang pertukaran pengalaman dan berharap hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuh melalui peluang kerjasama pada masa akan datang.

BERITA

SEBERANG PERAI UTARA, 19 Ogos – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Sekolah Rendah

BERITA

SERI KEMBANGAN – Peperiksaan bertulis Sijil Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) bagi Sekolah Rendah Islam (SRI) bermula hari ini mengikut

BERITA

SERDANG, 8 Ogos – Seramai hampir 300 warga Institusi Pendidikan IKRAM meliputi guru, pelajar dan pihak pengurusan sekolah seluruh negara

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH