Murid SRI As-Saidiyyah Dipilih sebagai Duta Sahsiah Negeri Sembilan Menerusi Program Mutiara Diri

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta Sahsiah Peringkat Negeri Sembilan menerusi penyertaan dalam Program Mutiara Diri: “Sayangi, Kenali dan Lindungi Diriku” yang berlangsung di sini semalam.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dengan kerjasama Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat & Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH) itu merupakan satu inisiatif intervensi awal bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan menjaga maruah diri, keselamatan seksual serta kemahiran melindungi diri daripada sebarang bentuk ancaman dan eksploitasi.

Penganjurannya turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak), Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan.

Pihak sekolah dalam kenyataanya menzahirkan penghargaan kepada JPN Negeri Sembilan atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk menyertai program yang memberi manfaat besar kepada pembangunan sahsiah murid.

Dalam perkembangan berkaitan, program tersebut turut melibatkan lebih 600 peserta yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6, barisan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Majlis Guru Besar serta warga pendidikan dari seluruh daerah di Negeri Sembilan.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun

Hadir sama, Pengerusi BAKRIYAH, Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek dan Khalidah Haji Omar, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

Tahniah buat adik Muhammad Harraz Zuhayr dan semoga penglibatan ini menjadi pengalaman bermakna buatnya serta terus menjadi inspirasi kepada murid lain untuk membina jati diri, mengenali potensi diri serta memainkan peranan sebagai generasi yang prihatin dan bertanggungjawab.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble