KRS MUSLEH Bawa Kepakaran Kepimpinan ke Selatan Thailand, Latih 124 Pemimpin Muda

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH Sdn. Bhd., salah satu entiti di bawah ekosistem MUSLEH, berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Selatan Thailand 2026 dengan kerjasama Assalam Smart School Association (ASSA) Thailand pada 10 hingga 12 Julai lalu di sini.

Penganjuran sulung hasil kerjasama antara Perunding KRS MUSLEH Sdn. Bhd. dan ASSA Thailand ini telah membuka lembaran baharu kerjasama strategik dalam memperkukuh jaringan pendidikan, pembangunan kepimpinan dan pembinaan karakter pelajar antara kedua-dua negara.

Kerjasama tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dalam pembangunan kepimpinan pelajar, pembentukan karakter serta pengukuhan jaringan pendidikan Islam di peringkat serantau.

Sepanjang tiga hari program berlangsung di Universiti Fatoni (FTU) itu, para peserta mengikuti pelbagai modul interaktif yang menekankan aspek kepimpinan berkesan, pengurusan organisasi, komunikasi, kerja berpasukan serta penyelesaian masalah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Di samping itu, latihan yang disusun memberi peluang kepada peserta mengembangkan potensi diri, membina keyakinan dan mengasah kemahiran memimpin dalam suasana yang dinamik.

Kursus ini telah dikendalikan oleh lima jurulatih berpengalaman daripada KRS MUSLEH yang diketuai oleh Lt. Kol. KRS Rofazlin Jusoh, bersama Lt. Kol. KRS Kamaruzzaman Che Ya, Kapten KRSM Aniza Mamat, Kapten KRSM Mazuwin Yusof dan Leftenan KRSM Mohammad Athif Zainal Arifin.

Program ini turut dibantu oleh 20 fasilitator Assalam Graduate & Student Association (AGSA), Thailand yang memainkan peranan penting dalam membimbing peserta serta memastikan setiap aktiviti berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Dalam perkembangan berkaitan, penganjuran program ini mencerminkan keupayaan KRS MUSLEH sebagai penyedia latihan kepimpinan yang diyakini bukan sahaja di Malaysia, malah semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi MUSLEH untuk memperluaskan jaringan kerjasama global dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, khususnya dalam melahirkan pemimpin muda yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.

Musleh Integrated Education Berhad merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Perunding KRS MUSLEH serta ucapan penghargaan kepada pihak ASSA Thailand, Universiti Fatoni, barisan jurulatih, fasilitator AGSA Thailand serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.

Diharapkan kerjasama yang terjalin menjadi pemangkin kepada lebih banyak program pembangunan kepimpinan pada masa hadapan demi melahirkan generasi pemimpin yang bersedia berbakti kepada agama dan ummah.

Sumber: Facebook KRS Musleh

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod