Pelajar MUSLEH Cipta Kejayaan di MyAero Challenge 2026, Raih Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Batu Pahat, berjaya meraih Tempat Ketiga dalam MyAero Challenge 2026, Pertandingan Dron Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 25 hingga 27 Jun 2026 lalu.

Kejayaan tersebut diraih menerusi penyertaan secara berkumpulan bersama Muhammad Siddiqin Mohd Rosdi dari SK Sri Gading serta dua lagi ahli pasukan, Damia Mohd Saiful Bahari dan Adam Harith Mohd Saiful Bahari, yang merupakan lepasan SPM.

Lebih membanggakan, pasukan ini berjaya mengatasi majoriti peserta daripada institusi pengajian tinggi (IPT), sekali gus membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk bersaing dalam bidang teknologi berimpak tinggi.

MyAero Challenge 2026 menguji kemahiran peserta dalam pengendalian dron secara digital sepenuhnya menggunakan telefon pintar atau komputer riba. Selain ketepatan kawalan, pertandingan ini turut menuntut peserta menguasai pemikiran kritis, penyelesaian masalah serta strategi berpasukan bagi menyempurnakan setiap cabaran yang diberikan.

Pada masa sama, pencapaian ini mencerminkan potensi besar generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping menyerlahkan kepentingan pembangunan kemahiran digital yang menjadi antara fokus pendidikan masa kini.

MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muhammad Shah Nazrin, seluruh ahli pasukan, ibu bapa, guru-guru serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang penyertaan beliau dalam pertandingan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai murid untuk meneroka bidang teknologi, inovasi dan kejuruteraan, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah serta negara.

MyAero Challenge 2026 merupakan pertandingan dron peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh NAICO Malaysian dengan kerjasama AVITEX Solutions (M) Sdn. Bhd., menghimpunkan peserta daripada pelbagai institusi pendidikan di seluruh negara bagi menggalakkan penguasaan teknologi dron dan inovasi digital dalam kalangan generasi muda.

Sumber: Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis