Lawatan Pendidikan UHAMKA ke MUSLEH Kukuhkan Jaringan Serantau

SERI KEMBANGAN – Seramai 88 mahasiswa dan pensyarah dari Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. HAMKA (UHAMKA), Indonesia telah mengadakan lawatan akademik ke ibu pejabat Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks IKRAM, di sini, pada Sabtu, 4 April lalu.

Kunjungan yang bermula dari jam 9 pagi sebelum berakhir kira-kira 3 jam kemudian ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung berkaitan sistem pendidikan dan kurikulum sekolah-sekolah rangkaian Musleh di Malaysia, di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dalam pengurusan institusi pendidikan.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat mengenai pendekatan pendidikan yang dilaksanakan oleh MUSLEH, termasuk aspek pembangunan sahsiah, integrasi kurikulum, serta peranan pendidikan dalam membentuk generasi holistik.

Selain itu, sesi interaksi dua hala turut diadakan bagi membolehkan pertukaran pandangan dan idea antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuh amalan terbaik dalam pengurusan pendidikan.

Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperkaya perspektif dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan di rantau ini.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus