Lebih 80 Pemanah Sertai Pertandingan 1000 Liga Memanah Tradisional anjuran METRA dan KBS

KUALA KANGSAR, 2 Ogos 2025 – Pusat Panahan Khurasan dan Komuniti Kuala Kangsar hari ini menjadi tumpuan para peminat sukan memanah apabila berlangsungnya Pertandingan 1000 Liga Memanah Tradisional, sebuah acara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama Persatuan Memanah Tradisional Musleh (METRA).

Pertandingan yang berteraskan elemen warisan dan sukan kompetitif ini menghimpunkan lebih 80 orang peserta daripada dua kategori umur – Kategori A (16 tahun ke atas) dan Kategori B (10 hingga 15 tahun). Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memartabatkan sukan memanah tradisional sebagai satu seni warisan yang mampu diketengahkan dalam bentuk pertandingan yang sihat dan bermanfaat.

Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan taklimat keselamatan kepada semua peserta. Pertandingan ini menggunakan format 6 anak panah x 10 pusingan x 1 pusingan utama, dengan jarak tembakan sejauh 18 meter, menggunakan sasaran Target A (3 spot, 5 ring) bagi peserta dewasa dan Target B (60 cm, 5 ring) bagi peserta kategori remaja.

Para pemenang bagi setiap kategori menerima medal, wang tunai, hamper, serta sijil penyertaan dan pencapaian sebagai pengiktirafan atas prestasi masing-masing. Hadiah disampaikan dalam satu majlis ringkas penyampaian hadiah yang berlangsung pada penghujung program.

Menurut wakil penganjur, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan membuktikan minat masyarakat, khususnya generasi muda, terhadap sukan tradisional yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dengan suasana yang penuh semangat kesukanan. Para peserta dan ibu bapa yang hadir turut menyatakan rasa puas hati terhadap penganjuran pertandingan dan berharap agar ia diteruskan sebagai acara tahunan.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus