Tangani Buli Secara Sistematik: Musleh Anjur Bengkel Polisi dan SOP Anti-Buli serta Polisi Kesejahteraan Psikospiritual

SERI KEMBANGAN, 8 Mei – Seramai 30 orang guru Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dari sekolah-sekolah rangkaian Musleh seluruh negara telah menyertai Bengkel Penggubalan Polisi dan SOP Anti-Buli serta Polisi Pengurusan Kesejahteraan Psikospiritual Murid yang berlangsung hari ini.

Bagi memantapkan pendekatan kaunseling dan intervensi pelajar berkaitan isu buli, Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid, Centre of Learning Excellence (CLE) mengadakan bengkel ini dengan tujuan untuk mengenal pasti isu semasa dan cabaran sebenar yang dihadapi di lapangan, membangun pendekatan berkesan dan merangka prosedur pengurusan kes yang selaras, serta membina dasar dan polisi komprehensif yang mampu diadaptasi mengikut konteks sekolah masing-masing.

Menurut Pengurus Besar CLE, Dr. Kamaliah Noordin, penyediaan SOP ini adalah langkah penting dalam memastikan tindakan yang lebih tersusun, adil dan profesional dapat diambil apabila berlaku kes buli. Ia juga berperanan sebagai panduan tetap kepada semua warga sekolah dalam mengurus isu yang kompleks dan sensitif seperti ini.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam bengkel kali ini terdiri daripada guru unit bimbingan dan kaunseling di sekolah yang berada di barisan hadapan dalam menangani kes buli secara berhemah dan berkesan serta memainkan peranan penting dalam usaha pencegahan, pendidikan murid, dan pemulihan pelaku.

Pada akhir sesi bengkel ini, diharapkan satu format piawai bagi prosedur operasi standard (SOP) yang menyeluruh dan praktikal dapat dibincangkan bersama dan dipersetujui.

Antara komponen utama yang dibincangkan termasuklah hala tuju dan keperluan dokumen dasar dan polisi, skop pelaksanaannya berdasarkan konteks situasi yang sesuai, tanggungjawab pelaksanaan individu atau pihak terlibat serta peranan masing-masing, prosedur kerja termasuk carta alir yang jelas dan mudah diikuti, keperluan dokumentasi, tarikh penguatkuasaan SOP dan akhir sekali senarai semakan dan kelulusan sebagai langkah akhir sebelum pelaksanaan.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam